ï
|
Entri kali ini ana dapat dari satu laman web. Tertarik dengan ulasan mengenai pengiraan numerology tentang alam semesta dan cakerawala, ana rasa artikel ini sesuai bagi mencakna minda dan merenung kekuasaan Allah SWT...... Firman Allah yang bermaksud:
Rejab BULAN ALLAH, penuh dengan kerahmatan dan misteri. Dua hari yang lalu kita meraikan ulangtahun peristiwa Isra' Mikraj. Jika Ramadhan dengan Lailatul Qadr-nya, Syaaban dengan Nisfu Syaaban… REJAB istimewa dengan Isra' Mikraj-nya. Tahun ini Rejab kembali menemui jiwa-jiwa yang merinduinya. Rejab hadir pada waktunya seperti yang dijanjikan saban tahun. Akur dan setia pada SUNATULLAH. Pun begitu REJAB TAHUN INI – 1430; hadir dengan KEISTIMEWAAN yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. REJAB 1430 hadir dengan KERAHMATAN ALAM yang LUAR BIASA. Hadirnya sebagai PETUNJUK buat mereka yang mahu.. Hadirnya sebagai RAHMAT buat mereka yang berharap.. Hadirnya sebagai BUKTI buat mereka yang mencari… REJAB 1430 HADIR DENGAN 2 GERHANA!!! GERHANA BULANGerhana bulan merupakan fenomena apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan dalam satu garisan lurus (atau hampir lurus) dimana bulan akan berada dibelakang bumi yang terselindung dari cahaya matahari. Ringkasnya, pada kedudukan ini bumi bakal berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan dalam satu garisan lurus. Malah kejadian ini hanya akan berlaku tatkala BULAN PENUH atau PURNAMA (pertengahan bulan Hijrah). Jenis dan jangkamasanya bergantung kepada lokasi bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Fenomena GERHANA BULAN ini akan berlaku 4 KALI dalam setahun kalendar bulan. Dan PADA 7HB JULAI 2009 lalu bersamaan 14 REJAB 1430H, telah berlakunya GERHANA PENUMBRA (separuh atau sebahagian). Ini adalah gerhana bulan kedua untuk tahun ini. Gerhana Penumbra ini akan berlaku sekali lagii pada 6hb Ogos 2009 bersamaan 15hb SYAABAN 1430H. Gerhana PENUH (bulan) dijangkakan akan berlaku pada 21hb DISEMBER 2010 bersamaan 14hb MUHARRAM 1432H.
Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra). Contoh imej grafik di bawah adalah ketika kejadian gerhana bulan pada 03hb Mac 2007
FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA. Bulan telah melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya. Hari tu dulu, bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 pm Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 pm Waktu Malaysia. Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 pm hingga 11:20 PM Waktu Malaysia. Sekali lagi FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA telah berlaku pada malam 14hb REJAB yang lalu.. peristiwa GERHANA BULAN ini berlaku SEBELUM tarikh sejarah ISRA' DAN MIKRAJ iaitu 27 REJAB. Allah berfirman yang bermaksud :
Surah Luqman ayat 29 dan surah Asy Syams di atas antara BUKTI-BUKTI kehebatan penciptaan ALLAH iaitu kejadian MATAHARI & BULAN yang seterusnya menjadikan fenomena siang dan malam. HUKUM BERPASANGAN ini adalah ANUGERAHNYA kepada alam. Setiap sesuatunya berada dalam LINGKUNGAN-NYA, dalam UKURAN-NYA.
GERHANA MATAHARI
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Bulan akan menutup cahaya matahari yang sampai ke bumi. Walaupun bulan lebih kecil dari saiz bumi, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer dari bumi. Fakta numerology :
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh dan gerhana annular. Gerhana penuh adalah fenomena apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana annular yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Pada 26 Januari 2009 yang lalu fenomena Gerhana Matahari Annular telah berlaku. Dikatakan bahawa Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam kitaran setiap tahun kepada bumi. Pun begitu hanya 1 atau 2 kali darinya adalah Gerhana PENUH. Kali terakhir gerhana penuh matahari ini berlaku adalah pada 01hb Ogos 2008 yang lalu. Dan HARI INI , iaitu 22HB JULAI 2009 FENOMENA GERHANA PENUH akan berlaku sekali lagi!!! Perlu diketahui bahawa fenomena ini tidaklah dapat disaksikan sepenuhnya oleh kita setiap kali ia berlaku. Ini kerana ia bergantung kepada di mana kedudukan kita di bumi pada ketika peristiwa ini mengambil tempat (berlaku). Di setengah lokasi ia dapat dilihat sebagai gerhana annular (cincin) manakala di lokasi yang lain mungkin sekadar gerhana separa. Ahli pengkaji astronomi dapat menjangkakan lokasi-lokasi di mana fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dari bumi. Contohnya ketika fenomena gerhana matahari 26hb Januari 2009 lalu; di Malaysia kita lihat sebagai Gerhana separa, manakala di Anyer, Indonesia ia kelihatan sebagai Gerhana Annular (cincin). Menurut sumber dari falak-online:
Justeru itu HARI INI 22hb Julai, 2009 GERHANA PENUH MATAHARI telah dapat dilihat di Tanah Besar China dan India. Manakala bagi kita di Malaysia, kita berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada awal pagi kira-kira seperti waktu berikut: Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM (Hanya 17% matahari sahaja akan dilindungi Bulan kali ini) Bagi minda muslim yang membaca atau tahu akan hal ini, kita digalakkan untuk melakukan SOLAT SUNAT GERHANA ketika berlakunya gerhana tersebut.
Seperti yang pernah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini;
Kembali kepada perbahasan artikel 'murah' saya ini' kita akan mendapati bahawa:
Maka, RUMUSANNYA – REJAB TAHUN INI (1430) HADIR DENGAN 2 GERHANA, iaitu SATU GERHANA BULAN & SATU GERHANA MATAHARI!!!.Malah, antara keduanya adalah TARIKH PERISTIWA BERSEJARAH ISRA' MIKRAJ!!!! Adakah ini kebetulan???!! Renung-renungkan keistimewaannya…
PS: Ramai saintis astronomi TERUJA dengan fenomena tahun ini iaitu fakta bahawa: BERLAKUNYA 3 GERHANA DALAM TEMPOH SEBULAN iaitu:
2 GERHANA BULAN MENGAPIT GERHANA MATAHARI DALAM TEMPOH 31 HARI (sebulan)!! PSS: Perhatikan fakta :
Wallahualam.. PSSS: Hampir terlupa nak masukkan data ini: REJAB 1430 juga dilimpahi dengan FENOMENA "ISTIWA A'ZAM". Ia berlaku 2 kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. TAHUN INI 16hb JULAI 2009 telah jatuh di BULAN REJAB iaitu pada 23hb REJAB 1430. Pada setiap tahun, umat islam berpeluang untuk menyemak ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA' iaitu ketika MATAHARI berada tepat di ATAS KA'BAH. FENOMENA INI AKAN BERLAKU SETIAP TAHUN PADA TARIKH 28 MEI (5.16 PETANG waktu Malaysia) & 16 JULAI (5.28 PETANG waktu Malaysia). Fenomena ini dinamakan ISTIWA A'ZAM. Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak. PSSSS: ohya.. PERISTIWA GERHANA MATAHARI pada PAGI 22hb Julai 2009 ini JATUH PADA HARI AKHIR BULAN REJAB iaitu 29 REJAB 1430H. Kita digalakkan berpuasa pada AWAL, PERTENGAHAN dan AKHIR REJAB. Maka, eloklah PUASA + dapat pula buat SUNAT DHUHA + dapat pula buat SUNAT GERHANA.. + banyakkan berzikir dan bertasbih. Maha hebat KEBESARAN ALLAH untuk REJAB kali ini. Petang 29 REJAB 1430 sekitar 6 pm, ahli-ahli falaq diseluruh negeri di Malaysia akan melakukan cerapan HILAL untuk syaaban. Rukyat hilal dilaksanakan setiap tanggal 29 pada bulan Hijriah menjelang matahari tenggelam. Hasil yang diperoleh merupakan penentu masuknya awal bulan baru. Adapun maksud HILAL itu adalah – sabit pertama yang terlihat. RENUNGKANLAH KEBESARAN ALLAH INI......SETIAP PERANCANGAN DARINYA ADALAH AMAT SEMPURNA....
MAKA BERBAHAGIALAH UNTUK MEREKA YANG MAHU BERFIKIR......... ::najmulqalbi:: |
| Leave a Comment: |