<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

DEMI MASA
ASMA UL HUSNA

Allah 99 Names









MUTIARA KATA




BACAAN TERKINI





MENUNGGU UNTUK DIBACA




SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT



Free shoutbox @ ShoutMix



RAKAN BLOG PKPIM UTM
  • EJA HASNIZA
  • RUZAINI
  • WAHYU
  • DAYAH
  • TINI
  • KAK FAUZANA
  • FATIM
  • ZIKRI
  • ABG SIDEK
  • ABG ZOOL
  • SHUKRI
  • ABG FIRDAUS
  • MURSYID

  • RAKAN BLOG HEWI
  • KAK AIN
  • AIN
  • ANNUR
  • RINDUCINTAILAHI
  • PUTRI HANAN
  • KAK SHAM
  • KAK NISAH
  • FADHILINA
  • MUNIRAH
  • KAK SAL
  • MIJA USM
  • KAK NUR
  • AKMAR
  • ADIK NANA

  • RANGKAIAN UHKWAH
  • MAJLIS HEWI PKPIM
  • PORTAL PKPIM
  • RAKAN MASJID UTM SKUDAI
  • ABIM JOHOR

  • KONGSI MINAT


    Shelfari: Book reviews on your book blog

    LAMAN SESAWANG MENARIK
    iluvislam

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    "the future belongs to those who believe in the beauty of their dream"-eleanor roosevelt
    Wednesday, April 11, 2007
    ::SEKEPING HATI::




    Itulah selayaknya kiasan sebuah kehidupan itu. Tidak dapat lari daripada mehnah dan tribulasi yang sentiasa melingkari mahupun mewarnai kehidupan itu tanpa sebuah kesusahan tiadalah nikmat sebuah kesyukuran itu kerna..kenikmatan yang bertandang itu seringkali tidak kita dihiraukan dan terkadang terlepas dari pandangan dan pabila ianya hilang, barulah dikesalkan


    ..begitu jua semangat kita terkadang berkobar-kobar .bahkan terasa bagaikan meluap-luap dan mengujakan¡K¡K.dan terkadang merudup¡K..bak bunga kembang pagi lagaknya
    kerna memang dasarnya iman seorang insan mudah turun dan naik di tambah pula hati seorang insan itu mudah berbolak-balik..hari ini hatinya berkata begini dan esok hati berkata begitu demikian itu kerna hati merupakan raja yang duduk bersemayam dalam diri seseorang manakala akalnya merupakan permaisuri yang mandampingi serta mengikut rajanya.pabila baik serta elok rajanya..akan baik pula permaisuri serta rakyat-rakyat jelata yang lain ini dapat diketemukan dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud


    "dalam diri manusia itu terdapat seketul daging¡Kpabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain¡Kpabila buruk daging itu ..buruklah pula yang lain¡Kketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati¡¨

    ..ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerna penyakit fizikal hanya dideritai didunia..tetapi andai penyakit hati yang dihadapi .kemelaratannya bukan takat didunia..tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak..
    bersabda Rasulullah saw



    "setiap amal itu ada masa semangatnya dan ada masa lemahnya¡Kbarangsiapa yang pada masa lemahnya dia dalam sunnahku, maka dia telah beruntung..namun barangsiapa yang beralih selain itu bererti dia telah celaka¡¨ (H.R Ahamad)


    SUCI SEKEPING HATI (SAUJANA)

    Sekeping hati dibawa berlari

    Jauh melalui jalanan sepi

    Jalan kebenaran jelas terbentang

    Di depan matamu para pejuang

     

    Tapi jalan kebenaran

    Tak akan selamanya sunyi

    Ada ujian yang datang melanda

    Ada perangkap menunggu masa

     

    Akan kuatkah kaki yang melangkah
    Bila disapa duri yang menanti
    Akan kaburkah mata yang meratap
    Pada debu yang pastikan hinggap

    Mengharap senang dalam berjuang
    Bagai merindu rembulan di tengah siang
    Jalannya tak seindah sentuhan mata
    Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


    ..apakah hati itu bisa di bawa berlari????andainya ia mudah dibawa kesana kemari .kemanakah laluan yang patut disinggahinya????apakah matlamat disebalik perjalanan yang dilaluinya????.inilah FAQ yang sentisa berlegar-legar bersama kehidupan sang HATI adakah jalanan yang bakal ditempuhinya itu luas bahkan dihampari dengan permaidani duniawi .atau jalanan sempit penuh ribut badai, tidak ketinggalan onak duri melandasi malah merintangi disepanjang perjalanan..namun, ketahuilah sesempit atau seperit manapun jalanan itu .matlamatnya adalah pasti sedangkan jalanan luas yang dipagari dengan gemerlapan lampu-lampu neon kenistaan itu bakal menuju kepada kehancuran ..kerana menjadi sunnah dalam berjuang ..dimana ada kepahitan, disitu terselit kemanisan kerna janji Allah itu pasti.

    Posted at 10:25 am by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Wednesday, March 21, 2007
    ::INDAHNYA WANITA::

    Allah S.W.T berfirman:

    "Ketika  Aku  menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang  yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

     

    "Aku  memberikannya  kekuatan  dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

     

    "Aku   memberinya  kekerasan  untuk  membuatnya  tetap  tegar ketika orang-orang lain   menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

     

    "Aku  memberinya  kepekaan  untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

     

    "Aku  memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi   dengan  tulang  rusuk  suaminya  untuk melindungi hatinya."

     

    "Aku  memberinya  kebijaksanaan  untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan  pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya  dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

     

    "Dan  akhirnya,  Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

     

    "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

     

    Posted at 10:37 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Thursday, March 08, 2007
    ::TIKA DAKWAH MENYAPAKU (TDM 2).....::

       Perjalanan hidupku sebagai seorang pelajar berjala lancar. Saban minggu aku dan teman seperjuangan turun ke lapangan untuk membuat kerja-kerja dakwah kepada masyarakat. Seolah terdapat cas-cas positif yang mengalir dalam jiwa apabila kami dapat mempraktikkan ilmu alam ini dalam kehidupan. Nikmat berjemaah itu semakin dirasai. Berkongsi susah senang, suka duka, tawa hiba mematangkan diri kami untuk menjadi penyambung risalah nubuwwah.

     

       Sebagai kader biasa, kami tidak terlalu terdedah dengan pelbagai himpitan dalam menyesuaikan diri bersama gerak kerja dakwah. Cuma, pabila terkenangkan brothers and sisters yang senior, aku berasa kagum dengan kekuatan yang mereka ada. Mehnah dan tribulasi datang dari pelbagai sudut. Tuntutan keluarga, akademik, cinta dan keadaan sekeliling. Terlalu banyak nasihat dan kata-kata peransang yang diberikan oleh mereka bagi menjawab setiap ujian itu. Antaranya ….

     

    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan  kesanggupannya."
    Surah Al-Baqarah ayat 286

     

     

    Bisakah aku menjadi setabah mereka??? Satu persoalan yang masih kucari-cari jawapannya.

     

    Ya Allah, bantulah hambaMu ini mencari redhaMu.

     

    Bersambung.......

     

    Posted at 10:10 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Monday, March 05, 2007
    KOMEN ANDA?

    Ini assignment ana untuk subjek psikologi sosial sem ni. Sori lah ye klu broken english. Sebenarnya kalau pensyarah bagi tulis komen dalam B melayu, 3 kertas A4 belum tentu cukup. Tapi xpelah, bersedia BELAJAR, MENGAJAR DAN DIAJAR......

    Breastfeeding Of Babies By Single Women

     

    I don’t agree with this issue respect to my opinion above:

     

    1. It will disrupt the social structure especially the family institution. It is because the development of the young generation must based on the Islamic taught which is very emphasis marriage institution to give special care of family origin.
    2. Hinder the growth of the women desire to married directly. Muslims especially the women should back to the basic (fitrah). Human need the legal marriage to continue the family origin.
    3. It will influence the Muslim women to assume that marriage is hard and will cause a lot of problems especially for those who are career minded.
    4. It will affect her future husband to accept that child. It is because the baby was not from him. It will bring the dissonant situation to the man.
    5. Exist question that is the taking of pills to encourage milk production will affect the health of mother and the baby? This condition need a long time research to propose that the health of mother and the baby is safe when taking the pills.
    6. Although this issue have a good intentions especially to illegitimate children, but it will bring another problems such as the increasing of sex life before marriage. It will also increasing the born of illegitimate children. The partner will not worry because there was another person who will take care about their baby.
    7. Exist the community of person which is not think that responsibilities is very important especially for men.

     Nak komen english ana pun boleh...

    Posted at 12:36 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    TIKA DAKWAH MENYAPAKU....

       Tika dakwah menyapa dalam diri, tubuh kerdil ini baru ingin merasai nikmat kebebasan yang dicari-cari selama ini. Pelbagai hasrat dipendam dan diimpikan untuk menjadikan ia satu realiti. Mujur pertemuan kali pertama bersama brothers and sisters dalam satu program fasilitator menarik minatku untuk sama-sama memperjuangkan Islam. Dengan pendekatan yang santai, aku seolah terbuka minda untuk berfikiran lebih jauh dan kami adik-adik baru ditekankan agar ‘berjiwa besar’ dalam berdakwah. Dakwah itu konsepnya amat luas. Bukan hanya memberikan ceramah dan bercakap perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Selagi kita menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah ini, selagi itulah kita perlu berpegang pada Amal Makruf Nahi Mungkar. Terlalu banyak pancaroba untuk menjadi seorang daie ini. Kukira inilah dakwah pertama yang kukecapi kemanisannya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dianugerahkan dan dipertemukan dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

     

       Bersama-sama sedikit bekalan ilmu didada, perkongsian ilmu berjalan lancar setiap minggu. Usrah, bukanlah satu ‘term’ pelik bagiku kerana memang di sekolah lagi aku sudah terdedah dengan Usrah. Cuma apa yang membezakan usrah di sekolah dan di dalam gerakan ini ialah pengisian yang kuperolehi. Naluri seseorang itu memerlukan kepada sesuatu yang baru. Hati ini terdetik, adakah ini proses tarbiyah yang bakal ku tempuhi untuk bekalan menjadi seorang daie?Pasti lebih banyak lagi ilmu yang bakal ku timba nanti…

     

    Ya Allah, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. (Al-Imran:8)

    Posted at 12:21 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Sunday, March 04, 2007
    ::KASIH IBU::

    CERITA SEORANG KAWAN ANA....

    Kepada yang masih ada ibu...

    ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping
    bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
    sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain,
    dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami
    pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

    Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu
    saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.
    Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas
    riak2 kecewa di wajah ibu.

    Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu
    baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk
    kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting
    room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan
    susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah
    mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak
    dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu
    rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
    menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya
    mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
    membantu ibu mengenakan pakaiannya.

    Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah
    berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan
    dari
    ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali
    pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan
    ibu
    saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang
    penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
    saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari
    semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati
    saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada
    malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,
    lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya
    memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan
    yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan
    telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai
    dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

    Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati
    saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak
    keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun
    yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

    With Love to All Mother
    " JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
    CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
    SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
    MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

    Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
    Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

    Posted at 03:26 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Thursday, February 22, 2007
    :: PERSAHABATAN ::

    "Ana mengeluh dengan tingkah laku suaminya. Ana menuduh Saiful mula mengabaikan tangguungjawabnya sebagai suami. Menurut Ana, keadaan ini disedarinya apabila Saiful mula main kayu tiga dengan rakan sepejabatnya, Seri. “Sejak kehadiran perempuan itu dalam kehidupan abang Saiful, saya sering bertengkar dengan suami. Perempuan itulah punca keretakan rumahtangga  saya.”

    Namun apa pula jawapan Saiful? “Ana sudah melampau. Cemburu buta. Saya dan Seri cuma bersahabat sahaja tak lebih dari itu. Nothing special between us. Sebagai rakan setugas, saya memang tak nafikan saya rasa begitu selesa bila berbincang. Seri mempunyai pandangan yang luas, mudah bekerjasama, pendengar dan penasihat yang baik malah kami juga banyak berkongsi minat yang sama. Itu saja tidak lebih dari itu…” Kata Saiful, tenang.

    Azhari dan Sara juga mengaku hanya bersahabat. Kebetulan mereka berdua sama-sama exco tertinggi salah sebuah kampus universiti terkemuka. Azhari dan Sara sering berjumpa dalam pelbagai aktiviti dan sering bermesyuarat bersama bagi melancarkan aktiviti kampus. Menurut Sara, Azhari seorang aktivis pelajar yang matang dan baik. Dia bukan hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat tetapi juga seorang “abang”. Setiap masalah dibincangkan bersama dan sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain. Kalau tak berpeluang bertemu mereka akan berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Ketika rakan-rakan sekuliah bertanya tentang keintiman hubungan mereka berdua, Azhari dan Sara dengan selamba mengatakan mereka cuma bersahabat. “Betul, kami tak ada apa-apa hubungan lain……”

    Saiful dan Seri, Azhari dan Sara mengaku mereka hanya bersahabat. Namun kawan-kawan juga sesiapa yang berada di sekitar mereka merasakan ada sesuatu yang lebih dari sekadar bersahabat.

    PERSAHABATAN:APA ITU PERSAHABATAN?
    Persahabatan merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat akan merasa kesepian dan tiada tempat meluah rasa. Namun bagaimana pula dengan persahabatan yang dijalinkan seperti Saiful dengan Seri atau Azhari dengan Sara yang menimbulkan gossip masyarakat sekitar? Sebelum perbincangan seterusnya, mari kita lihat sebentar makna atau erti sebenar sahabat itu sendiri. Menurut ahli psikologi, sahabat adalah orang  yang dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. Oleh itu sesiapa yang diyakini mempunyai ciri-ciri itu akan terpilih sebagai sahabat.

    Setiap insan di dunia ini memerlukan sahabat atau orang lain dalam kehidupannya. Manusia perlu berkongsi sama dengan orang lain. Berkongsi sama itu sebenarnya pertahanan diri seseorang kerana manusia perlu untuk meluah dan mencurahkan isi hati dan perasaan-perasaan yang terpendam dalam diri kita. Dalam erti kata lain bahawa manusia memerlukan orang lain yang ia pilih dan percaya untuk meluahkan hal-hal peribadi.

    Contohnya apabila seorang gadis bersahabat dengan seorang gadis lain, mereka boleh tidur sebantal, berkongsi barang atau saling pinjam meminjam baju atau
    seumpamanya atau lebih dari itu. Seseungguhnya manusia itu memang memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Sekurang-kurangnya terdapat dua keuntungan yang diperolehi melalui persahabatan. Pertama, untuk
    merealisasikan mimpi atau visi hidup. Seseorang memerlukan orang lain untuk membincangkan mimpi-mimpi dan permasalahannya. Seseorang itu ingin orang lain mendengar dan tahu keinginannya. Seterusnya berusaha saling bantu-membantu antara satu sama lain.

    Kedua, sahabat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan keluar bagi sesuatu masalah atau perkara.

    Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan ide, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah wujud rasa simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurah suara hati.

    PERSAHABATAN JEJAKA DAN WANITA
    Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

    Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit uNtuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharap kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.

    Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengengan-angankan “kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

    BERHENTIKAN PROSES SETERUSNYA!!
    Oleh itu. Para muslimin dan muslimat yang dikasihi, jika perkenalan kita sudah berunah menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses
    persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah s.a.w.)

    Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali,sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku.saya sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi
    semuanya itu saya simpan di dalam hatiku” kata Fatimah.
    “Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?” tanya Ali.
    “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau” jawab Fatimah.

    Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa” sahaja termasuk orang
    beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus
    bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…
    ..

    Sudah berlanjur digosipkan
    Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu untuk mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati “berdegup” hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja.Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan bergaul bebas.

    Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan,daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan
    yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmaan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera menghentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jauhilah jarak fizikal. Hindarilah
    perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon/sms dan seumpamanya.

    JANGAN TERPERANGKAP
    Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci
    segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

    Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

    Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti ‘tazkiyatun nafs’ (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

    Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya….” (An-Nur:31-32)

    Mencegah lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Biarpun agenda yang dibuat itu dinamakan perkongsian ilmu. Kerana nait tak menghalalkan cara.Walaupun bunyinya ilmu kehidupan, tapi penyaluran yang tidak menggunakan landasan yang betul bimbang akan mengelincirkan semangat perjuangan. Sesungguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

    forwarded by email.....

    Posted at 07:50 am by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Sunday, February 18, 2007
    Warkah Buatmu Teman.....

    Seorang teman ana dedikasikan warkah ini.Ana forwardkan utk tatapan sahabat2 semua.Terima kasih nurkelebihan.

     

    Bismillahirrahmanirrahim..


    Teman,
    Atas tautan ukhwah
    Juga atas satu dasar yg kukuh
    Nan Aqidah Muslim,
    Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

    Wahai temanku an nisa
    Engkau sedia maklum,
    Engkaulah hiasan dunia,
    Lantaran fitrah itu,
    Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
    Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
    Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

    Wahai temanku ar-rijal,
    Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
    Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
    Dan tentulah temanmu yg diimpi,
    Seorang mujahidah..

    Wahai temanku an-nisa
    Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
    Engkau ingin disayangi,
    ingin dimanjai,
    Engkau juga ingin menyayangi
    juga ingin memanjai..
    Dan aku juga tahu,
    Temanmu ar-rijal juga begitu..

     

    Tetapi temanku an-nisa
    Ketahuilah engkau,
    Bercinta itu fitrah,
    Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

    Kalau benar engkau mengasihinya,
    kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
    Dan jika engkau benar mengasihinya
    KeranaNya,
    Engkau tak kan bisa,
    Melunakkan soutul engkau,
    Engkau tidak kan bisa,
    Melemparkan panahan menggodamu,
    Kerana engkau tahu,
    Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
    Dan engkau mengetahui,
    Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
    Namun nafsu itu sentiasa beraja,
    Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
    Nafsu raja yg menggila!
    Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
    Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
    Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
    Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?


    Wahai temanku ar-rijal
    Andai engkau mencintainya,
    Cintailah ia keranaNya,
    Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,

    Andai engkau mengasihinya keranaNya,
    Engkau tidakkan bisa,
    Mengajaknya bermukah di taman sepi,
    Kerana engkau tahu,
    Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
    Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
    Andai engkau mengasihinya kranaNya,
    Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
    Walaupun yg ringan-ringan,
    Kerana engkau tahu,
    Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
    Dan engkau tahu bukan ?
    Zina tempatnya di api yg menjunam?
    Apakah engkau benar mengasihinya,
    Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

     

    Sahabatku an-nisa
    Sahabatku ar-rijal
    Aku mengasihimu LILLAH,
    Lantaran itu,
    Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
    Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
    Bercinta tak salah,
    Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
    Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
    Sedikit cuma..

    Andai Dia yg engkau dahului,
    Engkau takkan gelisah,
    Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
    Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
    depan mata,
    Engkau tidakkan rindu,
    Andai sehari tidak besua,
    Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan
    I love you.
    Kerana engkau percaya..
    DIA yg terbaik..


    Lantaran DIA yg terbaik
    DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
    Dan andai dia yg terbaik untukmu,
    DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
    Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

    Dan itulah yg terbaik buat kalian
    Kalau ada jodoh tak ke mana..
    Yakinlah!
    Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


    Maafkan aku teman,
    Bicaraku penuh ketegasan,
    Aku tidak membencimu,
    Tetapi aku membencimu munkar itu,
    Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
    Aku menegur yg mana mampu,
    Kerana aku takut,
    Andai aku tidak menegurmu,
    Kita kan sama2 meredah lautan api,,,
    Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
    Nauzubillah min zalik

     

    Sama2lah teman
    Pagarilah imanmu
    Agar si iman itu tidak terlepas
    Cintailah DIA,
    Kerana DIAlah penjaga iman kita..
    Yakinlah dengan DIA..
    Serahkan segalanya pada DIA..
    Kerana DIA tahu yg terbaik
    Sedangkan kita tidak.
    ALLAHualam.

    Akhirul kalam
    Letakkan si DIA dlm hatimu,
    Engkau akan merinduiNYA
    Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
    Engkau akan gelisah andai DIA
    Tidak mendengar rintihanMu,
    Engkau kan rindu
    Andai DIA tidak memandangmu,
    Engkau kan tak keruan andai
    Doamu ditolak..
    Dan itulah cinta hakiki..
    Kerana engkau yakin
    Di sana adanya sebuah
    Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

    Bercintalah kerana ALLAH..
    Dan Engkau akan merasakan
    Erti bercinta yg sebenar
    Insya ALLAH!!                 

    Moga Nasihat Ini Tersemat Di Hati Ana Sampai Ke Akhir Hayat...Ameen

    Posted at 09:35 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Friday, February 16, 2007
    PEREMPUAN:ertinya dalam huruf jawi

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Ana dapat ilmu ni dari pembacaan ana dalam buku karangan Faisal Tehrani.(Surat-Surat Perempuan Johor).Menarik dan mendalam ceritanya.
    Hanya jauhari yang mengenal manikam.


    "Perempuan terbangun dari tanah,air, api dan angin yang bersatu. Perempuan itu terkandung dalam ENAM huruf yang mempunyai pengertian tertentu.

    Huruf Fa itu berkaitan FASIH. Lidah orang perempuan ini harus fasih memuji Allah dan RasulNya, memuji kebaikan suami dan orang yang berbudi kepadanya.

    Huruf Ra itu mengenai RAMAH untuk bertemu jalan Allah, ramah mendapatkan petunjuk Rasulullah SAW serta ramah mendapat kasih suami.

    Huruf Mim pada perempuan itu pula sifatnya yang MALU kepada Allah dan RasulNya, sayugia setelah ada segan silu tentu juga pandai memelihara malu suami dan malu di tempat yang betul.

    Huruf Fa yang kedua dalam perempuan membawa erti PERCAYA. Perempuan harus penuh kepercayaan, tidak mengkhianati, tidak kenal ingkar, tidak bercakap dusta dan ditegah membuka jalan yang haram.

    H
    uruf Wau pula merujuk pada perempuan itu WANGI kerana haruman bidadari di syurga. Kerana wangi menyejukkan hati, mendamaikan suami dan terbendung dari menyebar perkhabaran buruk dan umpat-umpatan.

    Huruf Nun iaitu huruf terakhir membawa erti besar iaitu ANDALAN. Seperti permata berharga, perempuan itu memelihara dan mengenal ia baik jahat, dosa dan pahala hingga dapat menjadi andalan dirinya dan suaminya"

    *andalan menurut kamus dewan membawa 2 maksud
    1.orang yang dipercayai/orang kepercayaaan
    2.mutu,kekuatan, kebaikan dll

    Posted at 08:38 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Doa nabi sewaktu perkahwinan puteri kesayangan baginda

    Ana dapat doa ni dalam satu kad jemputan walimatul urus sahabat ana sewaktu di UTM dulu. Mendalam sungguh maknanya. Moga boleh diamalkan oleh bakal mentua untuk kesejahteraan anak-menantu mereka....



    Ameen.....

    Posted at 07:55 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Previous Page Next Page