<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

DEMI MASA
ASMA UL HUSNA

Allah 99 Names









MUTIARA KATA




BACAAN TERKINI





MENUNGGU UNTUK DIBACA




SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT



Free shoutbox @ ShoutMix



RAKAN BLOG PKPIM UTM
  • EJA HASNIZA
  • RUZAINI
  • WAHYU
  • DAYAH
  • TINI
  • KAK FAUZANA
  • FATIM
  • ZIKRI
  • ABG SIDEK
  • ABG ZOOL
  • SHUKRI
  • ABG FIRDAUS
  • MURSYID

  • RAKAN BLOG HEWI
  • KAK AIN
  • AIN
  • ANNUR
  • RINDUCINTAILAHI
  • PUTRI HANAN
  • KAK SHAM
  • KAK NISAH
  • FADHILINA
  • MUNIRAH
  • KAK SAL
  • MIJA USM
  • KAK NUR
  • AKMAR
  • ADIK NANA

  • RANGKAIAN UHKWAH
  • MAJLIS HEWI PKPIM
  • PORTAL PKPIM
  • RAKAN MASJID UTM SKUDAI
  • ABIM JOHOR

  • KONGSI MINAT


    Shelfari: Book reviews on your book blog

    LAMAN SESAWANG MENARIK
    iluvislam

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    "the future belongs to those who believe in the beauty of their dream"-eleanor roosevelt
    Wednesday, July 22, 2009
    ::REJAB, GERHANA BULAN, GERHANA MATAHARI DAN ISRA' MIKRAJ::

    Assalamualaikum.......
    Entri kali ini ana dapat dari satu laman web. Tertarik dengan ulasan mengenai pengiraan numerology tentang alam semesta dan cakerawala, ana rasa artikel ini sesuai bagi mencakna minda dan merenung kekuasaan Allah SWT......

    Firman Allah yang bermaksud:

    "Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." 

    Surah Luqman:29)

    Rejab BULAN ALLAH, penuh dengan kerahmatan dan misteri. Dua hari yang lalu kita meraikan ulangtahun peristiwa Isra' Mikraj. Jika Ramadhan dengan Lailatul Qadr-nya, Syaaban dengan Nisfu Syaaban… REJAB istimewa dengan Isra' Mikraj-nya.  Tahun ini Rejab kembali menemui jiwa-jiwa yang merinduinya. Rejab hadir pada waktunya seperti yang dijanjikan saban tahun. Akur dan setia pada SUNATULLAH. Pun begitu REJAB TAHUN INI – 1430; hadir dengan KEISTIMEWAAN yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

    REJAB 1430 hadir dengan KERAHMATAN ALAM yang LUAR BIASA.

    Hadirnya sebagai PETUNJUK buat mereka yang mahu..

    Hadirnya sebagai RAHMAT buat mereka yang berharap..

    Hadirnya sebagai BUKTI buat mereka yang mencari…

    REJAB 1430 HADIR DENGAN 2 GERHANA!!!

    GERHANA BULAN

    Gerhana bulan merupakan fenomena apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan dalam satu garisan lurus (atau hampir lurus) dimana bulan akan berada dibelakang bumi yang terselindung dari cahaya matahari. Ringkasnya, pada kedudukan ini bumi bakal berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan dalam satu garisan lurus. Malah kejadian ini hanya akan berlaku tatkala BULAN PENUH atau PURNAMA (pertengahan bulan Hijrah). Jenis dan jangkamasanya bergantung kepada lokasi bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Fenomena GERHANA BULAN ini akan berlaku 4 KALI dalam setahun kalendar bulan. Dan PADA 7HB JULAI 2009 lalu bersamaan 14 REJAB 1430H, telah berlakunya GERHANA PENUMBRA (separuh atau sebahagian). Ini adalah gerhana bulan kedua untuk tahun ini. Gerhana Penumbra ini akan berlaku sekali lagii pada 6hb Ogos 2009 bersamaan 15hb SYAABAN 1430H.  Gerhana PENUH (bulan) dijangkakan akan berlaku pada 21hb DISEMBER 2010 bersamaan 14hb MUHARRAM 1432H.

    gerhana bulan1

    Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra). Contoh imej grafik di bawah adalah ketika kejadian gerhana bulan pada 03hb Mac 2007

    Moon_eclipse

    FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA. Bulan telah melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya. Hari tu dulu, bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 pm Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 pm Waktu Malaysia. Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 pm hingga 11:20 PM Waktu Malaysia.

    Sekali lagi FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA telah berlaku pada malam 14hb REJAB yang lalu.. peristiwa GERHANA BULAN ini berlaku SEBELUM tarikh sejarah ISRA' DAN MIKRAJ iaitu 27 REJAB.

    Allah berfirman yang bermaksud :

    Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. Dan bulan apabila mengiringinya. Dan siang apabila menampakkannya. Dan malam apabila menutupinya (malam-malam yang gelap). Dan langit serta pembinaannya. Dan bumi serta penghamparannya. Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketaqwaannya.  Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.  –

    (Surah Asy Syams (matahari) : ayat 1-10)

    Surah Luqman ayat 29 dan surah Asy Syams di atas antara BUKTI-BUKTI kehebatan penciptaan ALLAH iaitu kejadian MATAHARI & BULAN yang seterusnya menjadikan fenomena siang dan malam. HUKUM BERPASANGAN ini adalah ANUGERAHNYA kepada alam. Setiap sesuatunya berada dalam LINGKUNGAN-NYA, dalam UKURAN-NYA.

    "Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya."

    (Q.S. Ar-Ra'du 13 : 8 )

    GERHANA MATAHARI

    Gerhana MATAHARI & BULAN

    Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Bulan akan menutup cahaya matahari yang sampai ke bumi. Walaupun bulan lebih kecil dari saiz bumi, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer dari bumi.

    Fakta numerology :

    1. Jarak bulan 384,400 km memiliki nilai Gt berikut: 3+8+4+4+0+0 = 19 @ 1+9 = 10 @ 1+0 = 1. Umpama hanya ada 1 BULAN kepada Planet BUMI.
    2. Jarak matahari 149,680,000 km memiliki nilai GT berikut: 1+4+9+6+8+0+0+0+0+0 = 28 @ 2+8 = 10 @ 1+0 = 1. Umpama hanya ada 1 matahari bagi Planet BUMI.

    Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh dan gerhana annular. Gerhana penuh adalah fenomena apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana annular yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

    gerhana penuh

    Pada 26 Januari 2009 yang lalu fenomena Gerhana Matahari Annular telah berlaku. Dikatakan bahawa Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam kitaran setiap tahun kepada bumi. Pun begitu hanya 1 atau 2 kali darinya adalah Gerhana PENUH. Kali terakhir gerhana penuh matahari ini berlaku adalah pada 01hb Ogos 2008 yang lalu. Dan HARI INI , iaitu 22HB JULAI 2009 FENOMENA GERHANA PENUH akan berlaku sekali lagi!!!

    Perlu diketahui bahawa fenomena ini tidaklah dapat disaksikan sepenuhnya oleh kita setiap kali ia berlaku. Ini kerana ia bergantung kepada di mana kedudukan kita di bumi pada ketika peristiwa ini mengambil tempat (berlaku). Di setengah lokasi ia dapat dilihat sebagai gerhana annular (cincin)  manakala di lokasi yang lain mungkin sekadar gerhana separa. Ahli pengkaji astronomi dapat menjangkakan lokasi-lokasi di mana fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dari bumi. Contohnya ketika fenomena gerhana matahari 26hb Januari 2009 lalu; di Malaysia kita lihat sebagai Gerhana separa, manakala di Anyer, Indonesia ia kelihatan sebagai Gerhana Annular (cincin). Menurut sumber dari falak-online:

    Eclipse_anular

    "Pada 26hb Januari 2009 lalu sekali lagi, dunia (bumi) menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin. Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi. Di dalam kes 26 Januari, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

    Namun di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan. Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya. Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan. Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

    Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita"

    Justeru itu HARI INI 22hb Julai, 2009 GERHANA PENUH MATAHARI  telah dapat dilihat di Tanah Besar China dan India.  Manakala bagi kita di Malaysia, kita berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada awal pagi kira-kira seperti waktu berikut:

    Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

    Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

    Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM

    (Hanya  17% matahari sahaja akan dilindungi Bulan kali ini)

    Bagi minda muslim yang membaca atau tahu akan hal ini, kita digalakkan untuk melakukan SOLAT SUNAT GERHANA ketika berlakunya gerhana tersebut.

    Aisyah r.a. berkata, "Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku' dan 4 kali sujud dalam dua rakaat." (Sahih Muslim)

    Seperti yang pernah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini;

    "Sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi (rujuk artikel sebelumnya) , perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:

    Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku') = 0º + 90º = 90º

    Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku') = 0º + 90º = 90º

    Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.

    Kembali kepada perbahasan artikel 'murah' saya ini' kita akan mendapati bahawa:

    1. Pada 07HB Julai 2009 lalu bersamaan 14 REJAB 1430H, telah berlakunya GERHANA PENUMBRA BULAN (separuh atau sebahagian) – GERHANA BULAN
    2. Pada HARI INI , iaitu 22HB JULAI 2009 bersamaan 29 REJAB 1430H akan berlakunya FENOMENA GERHANA PENUH MATAHARI. – GERHANA MATAHARI

    Maka, RUMUSANNYA – REJAB TAHUN INI (1430) HADIR DENGAN 2 GERHANA, iaitu SATU GERHANA BULAN & SATU GERHANA MATAHARI!!!.

    Malah, antara keduanya adalah TARIKH PERISTIWA BERSEJARAH ISRA' MIKRAJ!!!!

    Adakah ini kebetulan???!! Renung-renungkan keistimewaannya…

    Solar_eclipse_animate_(2009-Jul-22)

    PS: Ramai saintis astronomi TERUJA dengan fenomena tahun ini iaitu fakta bahawa: BERLAKUNYA 3 GERHANA DALAM TEMPOH SEBULAN iaitu:

    1. GERHANA BULAN  pada 7hb Julai 2009
    2. GERHANA MATAHARI pada 22hb Julai 2009
    3. dan GERHANA BULAN pada 06hb OGOS 2009.

    2 GERHANA BULAN MENGAPIT GERHANA MATAHARI DALAM TEMPOH 31 HARI (sebulan)!!

    PSS: Perhatikan fakta :

    1. Jarak 7hb Julai hingga 6hb Ogos adalah 31 hari (termasuk 7hb).  SURAH LUQMAN di atas adalah SURAH KE 31!!
    2. Kita maklum bahawa Kalendar Masihi adalah kalendar SOLAR iaitu MATAHARI. Jumlah hari dalam sebulan adalah 30 atau 31 hari. dan JULAI & OGOS ada 31 hari setiap satunya.
    3. Manakala jumlah hari dalam sebulan bagi kalendar Hijrah (iaitu kalendar LUNAR @ bulan) ada 29 atau 30 hari. PERHATIKAN SURAH LUQMAN AYAT 29 diatas.
    4. Tahun ini adalah tahun 2 0 0 9.
    5. Jarak antara 07hb hingga 22hb adalah 15 hari. Jarak antara 22hb hingga 06hb (ogos) juga 15 hari. 15+15 = 30 @ 3+0=3. Iaitu 3 PERISTIWA GERHANA. Tahun ini adalah tahun 1 4 3 0 Hijrah.

    Wallahualam..

    PSSS: Hampir terlupa nak masukkan data ini:

    REJAB 1430 juga dilimpahi dengan FENOMENA "ISTIWA A'ZAM". Ia berlaku 2 kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. TAHUN INI 16hb JULAI 2009 telah jatuh di BULAN REJAB iaitu pada 23hb REJAB 1430.

    Pada setiap tahun, umat islam berpeluang untuk menyemak ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA' iaitu ketika MATAHARI berada tepat di ATAS KA'BAH. FENOMENA INI AKAN BERLAKU SETIAP TAHUN PADA TARIKH 28 MEI (5.16 PETANG waktu Malaysia) & 16 JULAI (5.28 PETANG waktu Malaysia). Fenomena ini dinamakan ISTIWA A'ZAM.

    Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak.
    Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

    PSSSS: ohya.. PERISTIWA GERHANA MATAHARI pada PAGI 22hb Julai 2009 ini JATUH PADA HARI AKHIR BULAN REJAB iaitu 29 REJAB 1430H. Kita digalakkan berpuasa pada AWAL, PERTENGAHAN dan AKHIR REJAB. Maka, eloklah PUASA + dapat pula buat SUNAT DHUHA + dapat pula buat SUNAT GERHANA.. + banyakkan berzikir dan bertasbih.

    Maha hebat KEBESARAN ALLAH untuk REJAB kali ini.

    Petang 29 REJAB 1430 sekitar 6 pm, ahli-ahli falaq diseluruh negeri di Malaysia akan melakukan cerapan HILAL untuk syaaban. Rukyat hilal dilaksanakan setiap tanggal 29 pada bulan Hijriah menjelang matahari tenggelam. Hasil yang diperoleh merupakan penentu masuknya awal bulan baru. Adapun maksud HILAL itu adalah – sabit pertama yang terlihat.

    RENUNGKANLAH KEBESARAN ALLAH INI......SETIAP PERANCANGAN DARINYA ADALAH AMAT SEMPURNA....
    MAKA BERBAHAGIALAH UNTUK MEREKA YANG MAHU BERFIKIR.........

    ::najmulqalbi::

    Posted at 11:18 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home