Alhamdulillah, lewat pagi tadi, akhirnya dapat juga ana habiskan membaca RINDU BAU POHON TIN... Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila berjaya menyudahkan bacaan. (walaupun telah banyak buku yang dibaca sebelum ini). Benarlah kata pepatah,membaca jambatan ilmu, Terlalu banyak yang dapat digali daripada membaca. Tetapi biarlah kena pada bukunya. Jangan tersilap memilih, buruk padahnya.
Kesempatan menemui penulisnya semasa pesta buku yang lalu meninggalkan satu kenangan manis kepada ana. Memang niat untuk mencari buku yang boleh dijadikan santapan minda yang telah lama berkarat ini akibat tuntutan duniawi yang tidak pernah habis. Mengenali hasil tulisan Ustaz Hasrizal dari Majalah Anis (majalah no.1 di hatiku), hati bagai meronta untuk mendapatkan hasil tulisannya sebagai simpanan peribadi. Jauh di sudut hati ini, ingin menjadi penulis sepertinya, tapi belum tiba masanya.....
Melalui pembacaan ana, apa yang dapat disimpulkan hidup di negera orang lebih banyak dugaannya berbanding di negara sendiri. Walaupun hati ini kental dengan pelbagai perisai ilmu dan keimanan di dada, namun ianya belum cukup untuk menampung segala kesusahan yang dihadapi. Kesemua aspek kehidupan dari segi rohani, jasmani dan mental perlu saling membantu untuk membawa diri berkelana di negara yang bukan tanah tumpah darah kita....
Garapan peristiwa sedih yang disulam dengan kata-kata berhikmah telah menjadikan pengalaman berharga itu menjadi manis walaupun tersimpan sejuta kepahitan yang harus ditelan. Namun, setiap manusia pasti tidak lari dari menghadapi suka dan duka. Cuma terpulang kepada individu untuk menjadikan ianya sebagai pembakar atau pemusnah semangat.
Selepas ini yang menanti ialah U TURN KE JALAN LURUS. Karangan Ustaz Zul Ramli. Tak sabar rasanya nak mengali ilmu di dalamnya. Mutiara hadis yang yang diadun dengan ayat -ayat tazkirah kontemporari diharap dapat menyinarkan cahaya baru di hati ana. Insya Allah....
Posted at 10:26 am by najmulqalbi
[komen ape-ape aje] [bintang hatiku]