<< April 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

DEMI MASA
ASMA UL HUSNA

Allah 99 Names









MUTIARA KATA




BACAAN TERKINI





MENUNGGU UNTUK DIBACA




SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT



Free shoutbox @ ShoutMix



RAKAN BLOG PKPIM UTM
  • EJA HASNIZA
  • RUZAINI
  • WAHYU
  • DAYAH
  • TINI
  • KAK FAUZANA
  • FATIM
  • ZIKRI
  • ABG SIDEK
  • ABG ZOOL
  • SHUKRI
  • ABG FIRDAUS
  • MURSYID

  • RAKAN BLOG HEWI
  • KAK AIN
  • AIN
  • ANNUR
  • RINDUCINTAILAHI
  • PUTRI HANAN
  • KAK SHAM
  • KAK NISAH
  • FADHILINA
  • MUNIRAH
  • KAK SAL
  • MIJA USM
  • KAK NUR
  • AKMAR
  • ADIK NANA

  • RANGKAIAN UHKWAH
  • MAJLIS HEWI PKPIM
  • PORTAL PKPIM
  • RAKAN MASJID UTM SKUDAI
  • ABIM JOHOR

  • KONGSI MINAT


    Shelfari: Book reviews on your book blog

    LAMAN SESAWANG MENARIK
    iluvislam

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    "the future belongs to those who believe in the beauty of their dream"-eleanor roosevelt
    Monday, April 27, 2009
    ::BUKU LAKARAN MASA DEPAN ::



    Pesta buku melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi ana menjejakkan kaki ke pesta buku ini. Walaupun banyak mehnah yang ana hadapi untuk sampai ke sini, tapi ana sampai jua akhirnya. Ini merupakan pengalaman yang paling bermakna untuk ana sepanjang bergelar guru sejak tahun lepas. kenapa ana berkata begitu ye? Sebab pengalaman menaiki pelbagai kemudahan awam di Malaysia ini dengan melihat pelbagai senario ragam manusia membuka mata ana betapa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Nanti ana ceritakan.....

    PENGALAMAN PERTAMA.....
    Walaupun pernah menaiki komuter sebelum ini, tapi ana akui masih lagi kekok manghadapi situasi sebegitu. Kali terakhir ana menaiki komuter ini dari Seremban ke KL Sentral ialah pada bulan 10 2007. Semasa ayah ana dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana sakit buah pinggang. Ana berulang alik dari Seremban ke KL untuk 'shift' dengan mak ana menjaga abah di hospital. Berbalik pada cerita ana di dalam komuter. Destinasi di Nilai, sepasang suami isteri keturunan india memasuki komuter lalu duduk di sebelah ana. Maka bermulalah sesi perbualan ana dengan aunty Selvi ni. Ana cakap la ana nak pergi ke pesta buku bila dia tanya ana nak ke mana. Kebetulan, dia bersama suami juga hendak ke destinasi yang sama dengan ana. Katanya, ini kali ke-4 dia dan suami ke pesta buku. Dan pada setiap kali itu juga dia membelanjakan hampir RM500 untuk membeli buku sahaja.Wah, kagum ana mendengarnya. Cerita punya cerita, akhirnya barulah terbongkar persoalan yang bermain di fikiran ana. Rupa-rupanya pasangan ini ialah guru di salah sebuah sekolah di Nilai. Ana tanya kenapa tak naik kereta je kan lebih mudah. Jawapannya sangat menarik. "Aunty nak cuci mata tengok gelagat orang ramai. Asyik duduk kat sekolah je, sekali-sekala kena keluar juga". Akhirnya kami berpisah di KL Sentral kerana pasangan tersebut ingin cuci mata di sana. tapi sebelum berpisah, Aunty Selvi nasihatkan ana supaya menjadi guru yang disenangi pelajar dan banyakkan membaca untuk lebih dihormati......

    PENGALAMAN KEDUA
    Tepat jam 9.20 pagi, ana sampai di stesen putra LRT PWTC. Ana amik laluan yang biasa ana lalu untuk terus ke PWTC. Sewaktu dalam perjalanan itu, ana perasan akan seseorang yang macam ana kenal. Dia lalu sebelah ana dengan gerak kaki yang amat laju sekali. tak sempat ana nak menegur. Entahlah, mungkin pelanduk dua serupa. Tiba di dalam Dewan Tun Razak, ana pun mulakan sesi mencari buku. MasyaAllah, ramainya orang pada hari ini. Memang agak sukar untuk mereka yang baru pertama kali sampai ke sini untuk membiasakan diri dengan keadaan yang sesak. Mujur ana sudah beberapa kali datang ke pesta buku ini dan mendapatkan peta dari sahabat ana yang turut membuka booth di sini. Alhamdulillah ana dapat menghadapinya dengan lancar. Sedang asyik ana di dewan paling atas yang menempatkan buku-buku rujukan pelajaran dari syarikat-syarikat antarabangsa, tiba-tiba ana dengar nama ana dipanggil. Ana mencari siapa yang memanggil, manalah tau kenal pulak. Tak jauh dari kedai Eddieplex Publishing tempat ana mencari buku fizik, nampak insan yang ana cakap ana kenal tadi. Kak Husna rupanya. Kakak dorm ana masa sekolah di Sains Tuanku Ja'afar dulu. kami bersalaman dan bertanya khabar. Dia sekarang menjadi tutor di UPM di fakulti perubatan dan sedang menunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di UK.Alhamdulillah, tercapai juga misinya untuk ke luar negara. Masa di sekolah dulu, kak Husna ni la banyak bimbing ana dari segi pelajaran terutamanya Add Math. kami tak dapat nak sembang lama kerana masing-masing ada perjuangan yang perlu diteruskan. Jadi kami berpisah di sini....





    Posted at 01:13 pm by najmulqalbi
    [komen ape-ape aje]   [bintang hatiku]

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry