::REJAB, GERHANA BULAN, GERHANA MATAHARI DAN ISRA' MIKRAJ::
Assalamualaikum....... Entri kali ini ana dapat dari satu laman web. Tertarik dengan ulasan mengenai pengiraan numerology tentang alam semesta dan cakerawala, ana rasa artikel ini sesuai bagi mencakna minda dan merenung kekuasaan Allah SWT......
Firman Allah yang bermaksud:
"Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Surah Luqman:29)
Rejab BULAN ALLAH, penuh dengan kerahmatan dan misteri. Dua hari yang lalu kita meraikan ulangtahun peristiwa Isra' Mikraj. Jika Ramadhan dengan Lailatul Qadr-nya, Syaaban dengan Nisfu Syaaban… REJAB istimewa dengan Isra' Mikraj-nya. Tahun ini Rejab kembali menemui jiwa-jiwa yang merinduinya. Rejab hadir pada waktunya seperti yang dijanjikan saban tahun. Akur dan setia pada SUNATULLAH. Pun begitu REJAB TAHUN INI – 1430; hadir dengan KEISTIMEWAAN yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.
REJAB 1430 hadir dengan KERAHMATAN ALAM yang LUAR BIASA.
Hadirnya sebagai PETUNJUK buat mereka yang mahu..
Hadirnya sebagai RAHMAT buat mereka yang berharap..
Hadirnya sebagai BUKTI buat mereka yang mencari…
REJAB 1430 HADIR DENGAN 2 GERHANA!!!
GERHANA BULAN
Gerhana bulan merupakan fenomena apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan dalam satu garisan lurus (atau hampir lurus) dimana bulan akan berada dibelakang bumi yang terselindung dari cahaya matahari. Ringkasnya, pada kedudukan ini bumi bakal berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan dalam satu garisan lurus. Malah kejadian ini hanya akan berlaku tatkala BULAN PENUH atau PURNAMA (pertengahan bulan Hijrah). Jenis dan jangkamasanya bergantung kepada lokasi bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Fenomena GERHANA BULAN ini akan berlaku 4 KALI dalam setahun kalendar bulan. Dan PADA 7HB JULAI 2009 lalu bersamaan 14 REJAB 1430H, telah berlakunya GERHANA PENUMBRA (separuh atau sebahagian). Ini adalah gerhana bulan kedua untuk tahun ini. Gerhana Penumbra ini akan berlaku sekali lagii pada 6hb Ogos 2009 bersamaan 15hb SYAABAN 1430H. Gerhana PENUH (bulan) dijangkakan akan berlaku pada 21hb DISEMBER 2010 bersamaan 14hb MUHARRAM 1432H.
Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra). Contoh imej grafik di bawah adalah ketika kejadian gerhana bulan pada 03hb Mac 2007
FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA. Bulan telah melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya. Hari tu dulu, bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 pm Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 pm Waktu Malaysia. Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 pm hingga 11:20 PM Waktu Malaysia.
Sekali lagi FENOMENA GERHANA BULAN PENUMBRA telah berlaku pada malam 14hb REJAB yang lalu.. peristiwa GERHANA BULAN ini berlaku SEBELUM tarikh sejarah ISRA' DAN MIKRAJ iaitu 27 REJAB.
Allah berfirman yang bermaksud :
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. Dan bulan apabila mengiringinya. Dan siang apabila menampakkannya. Dan malam apabila menutupinya (malam-malam yang gelap). Dan langit serta pembinaannya. Dan bumi serta penghamparannya. Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. –
(Surah Asy Syams (matahari) : ayat 1-10)
Surah Luqman ayat 29 dan surah Asy Syams di atas antara BUKTI-BUKTI kehebatan penciptaan ALLAH iaitu kejadian MATAHARI & BULAN yang seterusnya menjadikan fenomena siang dan malam. HUKUM BERPASANGAN ini adalah ANUGERAHNYA kepada alam. Setiap sesuatunya berada dalam LINGKUNGAN-NYA, dalam UKURAN-NYA.
"Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya."
(Q.S. Ar-Ra'du 13 : 8 )
GERHANA MATAHARI
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Bulan akan menutup cahaya matahari yang sampai ke bumi. Walaupun bulan lebih kecil dari saiz bumi, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer dari bumi.
Fakta numerology :
Jarak bulan 384,400 km memiliki nilai Gt berikut: 3+8+4+4+0+0 = 19 @ 1+9 = 10 @ 1+0 = 1. Umpama hanya ada 1 BULAN kepada Planet BUMI.
Jarak matahari 149,680,000 km memiliki nilai GT berikut: 1+4+9+6+8+0+0+0+0+0 = 28 @ 2+8 = 10 @ 1+0 = 1. Umpama hanya ada 1 matahari bagi Planet BUMI.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh dan gerhana annular. Gerhana penuh adalah fenomena apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana annular yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Pada 26 Januari 2009 yang lalu fenomena Gerhana Matahari Annulartelah berlaku. Dikatakan bahawa Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam kitaran setiap tahun kepada bumi. Pun begitu hanya 1 atau 2 kali darinya adalah Gerhana PENUH. Kali terakhir gerhana penuh matahari ini berlaku adalah pada 01hb Ogos 2008 yang lalu. Dan HARI INI , iaitu 22HB JULAI 2009 FENOMENA GERHANA PENUH akan berlaku sekali lagi!!!
Perlu diketahui bahawa fenomena ini tidaklah dapat disaksikan sepenuhnya oleh kita setiap kali ia berlaku. Ini kerana ia bergantung kepada di mana kedudukan kita di bumi pada ketika peristiwa ini mengambil tempat (berlaku). Di setengah lokasi ia dapat dilihat sebagai gerhana annular (cincin) manakala di lokasi yang lain mungkin sekadar gerhana separa. Ahli pengkaji astronomi dapat menjangkakan lokasi-lokasi di mana fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dari bumi. Contohnya ketika fenomena gerhana matahari 26hb Januari 2009 lalu; di Malaysia kita lihat sebagai Gerhana separa, manakala di Anyer, Indonesia ia kelihatan sebagai Gerhana Annular (cincin). Menurut sumber dari falak-online:
"Pada 26hb Januari 2009 lalu sekali lagi, dunia (bumi) menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin. Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi. Di dalam kes 26 Januari, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincinkerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.
Namun di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya. Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan. Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.
Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita"
Justeru itu HARI INI 22hb Julai, 2009GERHANA PENUH MATAHARI telah dapat dilihat di Tanah Besar China dan India. Manakala bagi kita di Malaysia, kita berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada awal pagi kira-kira seperti waktu berikut:
Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM
Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM
Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM
(Hanya 17% matahari sahaja akan dilindungi Bulan kali ini)
Bagi minda muslim yang membaca atau tahu akan hal ini, kita digalakkan untuk melakukan SOLAT SUNAT GERHANA ketika berlakunya gerhana tersebut.
Aisyah r.a. berkata, "Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku' dan 4 kali sujud dalam dua rakaat." (Sahih Muslim)
Seperti yang pernah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini;
"Sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi (rujuk artikel sebelumnya) , perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:
Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.
Kembali kepada perbahasan artikel 'murah' saya ini' kita akan mendapati bahawa:
Pada 07HB Julai 2009 lalu bersamaan 14 REJAB 1430H, telah berlakunya GERHANA PENUMBRA BULAN (separuh atau sebahagian) – GERHANA BULAN
Pada HARI INI , iaitu 22HB JULAI 2009 bersamaan 29 REJAB 1430H akan berlakunya FENOMENA GERHANA PENUH MATAHARI. – GERHANA MATAHARI
Maka, RUMUSANNYA – REJAB TAHUN INI (1430) HADIR DENGAN 2 GERHANA, iaitu SATU GERHANA BULAN & SATU GERHANA MATAHARI!!!.
Malah, antara keduanya adalah TARIKH PERISTIWA BERSEJARAH ISRA' MIKRAJ!!!!
Adakah ini kebetulan???!! Renung-renungkan keistimewaannya…
PS: Ramai saintis astronomi TERUJA dengan fenomena tahun ini iaitu fakta bahawa: BERLAKUNYA 3 GERHANA DALAM TEMPOH SEBULAN iaitu:
GERHANA BULAN pada 7hb Julai 2009
GERHANA MATAHARI pada 22hb Julai 2009
dan GERHANA BULAN pada 06hb OGOS 2009.
2 GERHANA BULAN MENGAPIT GERHANA MATAHARI DALAM TEMPOH 31 HARI (sebulan)!!
PSS: Perhatikan fakta :
Jarak 7hb Julai hingga 6hb Ogos adalah 31 hari (termasuk 7hb). SURAH LUQMAN di atas adalah SURAH KE 31!!
Kita maklum bahawa Kalendar Masihi adalah kalendar SOLAR iaitu MATAHARI. Jumlah hari dalam sebulan adalah 30 atau 31 hari. dan JULAI & OGOS ada 31 hari setiap satunya.
Manakala jumlah hari dalam sebulan bagi kalendar Hijrah (iaitu kalendar LUNAR @ bulan) ada 29 atau 30 hari. PERHATIKAN SURAH LUQMAN AYAT 29 diatas.
Tahun ini adalah tahun2 0 0 9.
Jarak antara 07hb hingga 22hb adalah 15 hari. Jarak antara 22hb hingga 06hb (ogos) juga 15 hari. 15+15 = 30 @ 3+0=3. Iaitu 3 PERISTIWA GERHANA. Tahun ini adalah tahun 1 4 3 0 Hijrah.
Wallahualam..
PSSS: Hampir terlupa nak masukkan data ini:
REJAB 1430 juga dilimpahi dengan FENOMENA "ISTIWA A'ZAM". Ia berlaku 2 kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. TAHUN INI 16hb JULAI 2009 telah jatuh di BULAN REJAB iaitu pada 23hb REJAB 1430.
Pada setiap tahun, umat islam berpeluang untuk menyemak ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA' iaitu ketika MATAHARI berada tepat di ATAS KA'BAH. FENOMENA INI AKAN BERLAKU SETIAP TAHUN PADA TARIKH 28 MEI (5.16 PETANG waktu Malaysia) & 16 JULAI (5.28 PETANG waktu Malaysia). Fenomena ini dinamakan ISTIWA A'ZAM.
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
PSSSS: ohya.. PERISTIWA GERHANA MATAHARI pada PAGI 22hb Julai 2009 ini JATUH PADA HARI AKHIR BULAN REJAB iaitu 29 REJAB 1430H. Kita digalakkan berpuasa pada AWAL, PERTENGAHAN dan AKHIR REJAB. Maka, eloklah PUASA + dapat pula buat SUNAT DHUHA + dapat pula buat SUNAT GERHANA.. + banyakkan berzikir dan bertasbih.
Maha hebat KEBESARAN ALLAH untuk REJAB kali ini.
Petang 29 REJAB 1430 sekitar 6 pm, ahli-ahli falaq diseluruh negeri di Malaysia akan melakukan cerapan HILAL untuk syaaban. Rukyat hilal dilaksanakan setiap tanggal 29 pada bulan Hijriah menjelang matahari tenggelam. Hasil yang diperoleh merupakan penentu masuknya awal bulan baru. Adapun maksud HILAL itu adalah – sabit pertama yang terlihat.
RENUNGKANLAH KEBESARAN ALLAH INI......SETIAP PERANCANGAN DARINYA ADALAH AMAT SEMPURNA.... MAKA BERBAHAGIALAH UNTUK MEREKA YANG MAHU BERFIKIR......... ::najmulqalbi::
Think of your brain as a muscle: It gets stronger with exercise. Your everyday mental tasks are like walking, but how about a real workout? Try these simple exercises to boost your brain power and clear away the fog of forgetfulness.
1. Use your non-dominant hand Tackling new tasks improves brain capacity in younger people and has a restorative effect on mental faculties that are declining. Boost your brain power right now by performing everyday activities with your non-dominant hand. If you're right-handed, use your left hand to eat, drink, comb your hair, and brush your teeth. Try writing your name with your non-dominant hand or put your mouse pad on the other side of the keyboard.
Why does this work? The human brain starts declining after the age of 30 especially in women with each successive pregnancy. By exercising your brain through the use of non-dominant hand, you are stimulating the opposite side of the brain and activating blood flow, which slows down the brain aging process and improves mental capacity. Evidence from functional brain imaging shows that the process of neuroplasticity -- the brain's natural ability to form new connections -- can be enhanced by studying new things, especially hand-eye coordinated exercises like developing the use of your non-dominant hand and practicing visualization meditation. For an effective guided visualization that will also increase your years, check out Meditations to Live to Be 100.
Stimulating communication between the two hemispheres even helps physical balance. Mind-body exercises like tai chi coach people to use the right and left side of the body equally. Try switching it up in sports. For instance, in tennis, switch the racquet to your non-dominant side and play.
2. Work out your brain You have to use it or lose it! You can work out your mind just like you work out your body. Mental exercises that will keep your brain fit include doing crossword puzzles, playing chess, or memorizing names, shopping lists, and phone numbers. When I was a young boy, to keep my brain function strong, my father had me memorize Tang Dynasty poetry. Every day I had to memorize a new poem and recite it back. Learn the words to a poem or a new song and repeat them back from memory. Set aside the calculator and add manually instead. Keep challenging yourself with tasks that are new to you.
Whatever mental exercise you choose, the key to success is to practice every day at the same time; you are developing and activating new neural pathways, and consistent cycles will keep the brain on track.
3. Move your fingers to improve your brain Many people marvel that Asian children seem so intelligent. It could be because they use their fingers more frequently. They eat with chopsticks and at one time, they used to compute with an abacus in school. In fact, some studies have been done with children who use an abacus daily, and findings show that engaging the fingers stimulates nerve endings that go directly to the brain, increasing circulation. Take advantage of this by practicing motor activities that use your fingertips, like crocheting, knitting, and other arts and crafts where you are manipulating small parts. Try playing the piano or a stringed instrument.
Here is an exercise you can do anywhere, at any time. Put one finger on top of the one next to it, then try to stack the next finger on top of that. Or hold a pencil or pen between your index and middle fingers, roll it over until it's balanced between the middle and ring fingers, then again to between the ring finger and pinky. This exercise has a beneficial impact on brain health for anyone at any age, but especially for people in their 40s, 50s and beyond -- when signs of brain aging starts to set in.
Why does this work? A map of the brain shows that the nerve endings on your fingertips correspond to more areas of the brain than any other body area, except perhaps the tongue and lips. Therefore, finger exercise and movements can be useful in stimulating the neurons in the brain. The National Institute of Mental Health conducted experiments that showed finger exercises enlarged the capacity of the participants' brains, increased connections between neurons, forged new neural pathways, and increased circulation to the brain areas. The researchers concluded that finger exercise contributed significantly to brain plasticity, the ability of the brain to renew itself. Increased circulation means more oxygen and nutrients for the brain cells and decreased waste products that clog up the brain.
4. Stimulate brain acuity with self-massage To improve concentration and memory try this self-massage that stimulates two easy-to-find acupressure points on your neck at the base of the skull. Cross your hands behind you with the palms cradling the back of your head, your thumbs in the grooves on each side of your neck, and your index fingers crossing one another below the skull, just above the thumbs. Sit in a chair, lean your head back, and let it rest against the pressure of your thumbs and index fingers. Slowly inhale deeply through your nose and exhale through your mouth, letting your whole body relax. Do this for three to five minutes. You'll increase blood flow to the brain and at the same time relax the neck muscles, which often tense up in response to stress, constricting blood vessels in the area.
You can find these, and many other brain boosting tips in my new book, Second Spring. I invite you to visit often and share your own personal health and longevity tips with me.
Sebaik berita kematiannya disebarkan oleh media Rabu lalu, ana rasa ada sesuatu yang menarik mengenai insan bernama Natrah ini. Walaupun sehingga hari ini seluruh dunia masih berkabung dengan pemergian raja pop dunia Micheal Jackson. Namun ana rasa isu pemergian Natrah ini lebih meruntun hati dan jiwa ana sebagai seorang Islam. Jika MJ meninggalkan dunia ini dengan isu punca kematiannya, hak penjagaan anak, dimana jenazahnya dikebumikan dan siapa yang berhak memiliki hartanya, tetapi Natrah meninggalkan dunia dengan satu fenomena tsunami gerakan Islam yang sangat kuat dan utuh pada zamannya dan masih di ingati sehingga kini.
Ana mencari maklumat berkaitan beliau dengan membaca kronologi yang terpapar di wikipedia dan beberapa sumber di internet.Ternyata Natrah ini merupakan insan yang pernah mencetuskan satu fenomena besar dalam sejarah tiga negara iaitu Malaysia(pada waktu itu dikenali Malaya), Singapura dan Belanda. Polemik perebutan antara dua agama (Islam dan Kristian)dan budaya (Melayu dan Belanda) telah menjadikan seorang anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Secara tidak langsung Natrah juga menjadi penguji kepada sejauh mana keimanan umat Islam negara ini.
BUKU YANG MENGABADIKAN KISAH NATRAH
(dengar cerita buku ini hanya berada di perpustakaan di Singapura dan Belanda shj)
Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.
Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.
Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.
Natrah dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormat. Untuk menjamin dan menjaga keselamatan Natrah Che Aminah mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi seorang guru ketika Natrah berusia 13 tahun dan Mansor 22 tahun. Perkahwinan ini adalah perkahwinan gantung kerana Natrah masih gadis sunti. Ia berlaku selepas keluaraga Natrah cuba menuntut Natrah dan sebagai ikhtiar Che Aminah menyelamatkan pertiwi jiwanya itu.
Kehidupan aman bahagia yang dilalui Natrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya. Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.
Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor.
Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termausk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.
Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam. Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah seolah segala kehidupan Che Aminah dan juga Mansor bagaikan terpadamnya mentari dan bulan.
Mungkin keputusan mahkamah yang memberi hak kepada keluarganya menjaga Natrah tidak menimbulkan kemarahan. Tetapi apabila mahkamah juga memutuskan Nartrah dijadikan Khatolik (kembali ke agama asal orang tuanya) inilah yang menimbulkan kemarahan dan menderaukan darah.
Kemurtadan inilah menyebabkan berlakunya rusuhan. Umat Islam tidak boleh menerima kejadian ini kerana ia mencabar seluruh kehidupan mereka. Keputusan itu seolah menginjak-injak kesucian agama mereka.
RUSUHAN DI SINGAPURA 1950
Rusuhan berlaku kerana atas keyakinan demi menjaga akidah Natrah. Umat Islam bangkit cuba mempertahankannya. Dalam rusuhan ini seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura dikenakan perintah berkurung selama dua hari. Temasek terbakar, sebagaimana rentungnya jiwa umat Islam Nusantara yang bangkit menentang usaha melarikan dan memurtadkan Natrah.
Itulah harga Islam di mata umat Islam tahun 1950.
Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu.
Mengenai meletusnya tragedi ini, Natrah tidak boleh dipersalahkan. Beliau tidak boleh berbuat sesuatu. Dalam usianya itu dia hanya mengikut saja. Ia tertakluk dibawa kekuasaan siapa yang kuat dan berkuasa. Natrah hanya sebuah piala rebutan antara keluarganya (Kristian) dengan umat Islam Malaya.
Yang jelasnya pemulangan Natrah ke Belanda menerusi keputusan mahkamah itu tidak menyeronokkannya? Betapa tidak Natrah terpaksa meninggalkan dua jiwa, ibunya (Che Aminah) dan suaminya (Mansor Adabi) serta kehidupan hakikinya di bawah penjagaan Che Aminah.
Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya manakala yang berada di Belanda hanya lembaga raganya yang kosong saja.
Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.
Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.
Di tahun 2009, tatkala Natrah kembali kepada Allah yang difasakhkan aqidah beliau dari-Nya itu, berita murtad bukan lagi berita yang menggemparkan. Ada satu pengajaran besar yang kita tidak boleh terlepas pandang dlam kes natrah ini.
Biarpun tanpa internet, tanpa sms, semangat itu merebak dengan cepat dan menular merentas kota dan desa, harga iman Natrah bukan sebarangan.
Biar pun umat Islam masih dijajah British, jiwa mereka merdeka untuk bangkit bersuara.
Ketika umat Islam terbebas daripada penjajah British dan menjadi pemerintah di bumi sendiri, jiwa mereka yang pernah merdeka itu hakikatnya kembali terjajah terpenjara hingga tiada lagi suara yang membela.
Sesungguhnya,
"Kita dipukul gelombang riddah, dan tiada lagi Abu Bakr untuk mendepaninya…" – Abu al-Hasan Ali al-Nadawi
Entri kali ini diambil dari sahabat yang sedang bertugas sebagai doktor di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Pengalamannya boleh dijadikan panduan untuk menjawab beberapa persoalan sering ditanya oleh non-muslim .... Dakwah secara berhikmah....
Tidak terasa penat memandu dari Betong ke Kuching sambil berbual dengan teman sekerja saya, gadis Tionghua beragama Buddha. Pelbagai perkara yang dibualkan; soal kerja, hal agama, pengalaman, keluarga.
"Kalau sudah bertunang boleh pegang tangan kah?" tanya teman saya tersebut. Saya tersenyum sambil menjawab, "Tak boleh. Bertunang only means that you've been 'booked' by somebody, but doesn't mean that you can do the things that only husband and wife can do."
"Oh…dating can or not, or going shopping together?" tanya nya lagi, penuh rasa ingin tahu. "Dating tak boleh….you can meet your fiancee, but you need somebody to accompany you. Tak boleh berdua-duaan lah…" jelas saya lagi.
"Why ah?" tanya nya lagi. "Because Islam is against sex before marriage. So, Islam prevent anything that can lead to sex before marriage. That's why Islam does not allow berdua-duaan or bersentuh-sentuhan," saya menjelaskan dengan mudah dan ringkas. Teman saya mengangguk-angguk.
"Bila bertunang belum tentu lagi kamu akan berkahwin dengan tunang kamu. Kalau kamu terjebak dengan sex sebelum kahwin kemudian putus tunang, bukan kah rugi sahaja?" saya melontar persoalan, cuba menggunakan logik untuk bicara soal hikmah peraturan dalam Islam agar lebih mudah teman saya memahaminya.
"Yalah, perempuan lah yang lebih rugi..." sambungnya bersetuju.
"Hm…sorry saya nak tanya. Kenapa saya tengok ramai staffnurse muslim yang pegi kerja pakai tudung tapi waktu tak kerja tak pakai tudung?" tanya nya lagi. "Hm…by right tudung is compulsory in Islam, but not all muslim follow what the religion taught. May be they wear the tudung during working because they found it's easier to use compare to cap. But still tudung is compulsory!" tegas saya.
"Saya tengok tudung ada macam-macam fesyen kan. Ada yang macam kamu pakai. Ada pernah saya tengok orang pakai yang ikat-ikat, fashionable," komen nya. "By right tudung, besides covering head, needs to cover the neck and chest or breast. And your cloth needs to be loose. By right lah…" saya menjelaskan untuk menambah pemahaman nya. "It does not mean that a person who cover the aurat perfectly is a good person. But for me, I still need to try my best to do what my religion ask me to do," saya menambah lagi. "Ya..correct…" balasnya.
"Kamu ada pakai jeans kah?" tanya nya setelah terdiam beberapa saat. Mungkin tertanya-tanya kerana sepanjang mengenali saya, tak pernah melihat saya mengenakan jeans. "Saya lama dah tak pakai jeans. Waktu sekolah dulu ada lah…" jawab saya. "Boleh kah pakai jeans?" tanyanya lagi. "Can..as long as not tight..." saya menjawab ringkas, membiar mindanya menafsir lanjut.
"Kalau kat rumah kamu pakai tudung jugak kah?" tanya nya lagi. "If in front of my brother, I didn't wear but I'll wear tudung if my brother-in-law is around," saya menjawab. "The principle is simple. If you're in front of the person that you can marry you need to cover examples brother-in-law, cousin or any stranger. But in front of the person that you cannot marry like your brother, uncle (meaning you father's or mother's brother), nephew (your sister's or brother's son) and your father-in-law you don't have to cover your head. In front of your husband you can wear anything you like," saya tersenyum sambil menambah.
Banyak lagi persoalan tentang Islam yang dilontarkan teman saya tersebut, cuba saya jelaskan sebaiknya mudah-mudahan dapat membuang kekeliruan dan menjelaskan keindahan Islam.
Alhamdulillah, lewat pagi tadi, akhirnya dapat juga ana habiskan membaca RINDU BAU POHON TIN... Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila berjaya menyudahkan bacaan. (walaupun telah banyak buku yang dibaca sebelum ini). Benarlah kata pepatah,membaca jambatan ilmu, Terlalu banyak yang dapat digali daripada membaca. Tetapi biarlah kena pada bukunya. Jangan tersilap memilih, buruk padahnya.
Kesempatan menemui penulisnya semasa pesta buku yang lalu meninggalkan satu kenangan manis kepada ana. Memang niat untuk mencari buku yang boleh dijadikan santapan minda yang telah lama berkarat ini akibat tuntutan duniawi yang tidak pernah habis. Mengenali hasil tulisan Ustaz Hasrizal dari Majalah Anis (majalah no.1 di hatiku), hati bagai meronta untuk mendapatkan hasil tulisannya sebagai simpanan peribadi. Jauh di sudut hati ini, ingin menjadi penulis sepertinya, tapi belum tiba masanya.....
Melalui pembacaan ana, apa yang dapat disimpulkan hidup di negera orang lebih banyak dugaannya berbanding di negara sendiri. Walaupun hati ini kental dengan pelbagai perisai ilmu dan keimanan di dada, namun ianya belum cukup untuk menampung segala kesusahan yang dihadapi. Kesemua aspek kehidupan dari segi rohani, jasmani dan mental perlu saling membantu untuk membawa diri berkelana di negara yang bukan tanah tumpah darah kita....
Garapan peristiwa sedih yang disulam dengan kata-kata berhikmah telah menjadikan pengalaman berharga itu menjadi manis walaupun tersimpan sejuta kepahitan yang harus ditelan. Namun, setiap manusia pasti tidak lari dari menghadapi suka dan duka. Cuma terpulang kepada individu untuk menjadikan ianya sebagai pembakar atau pemusnah semangat.
Selepas ini yang menanti ialah U TURN KE JALAN LURUS. Karangan Ustaz Zul Ramli. Tak sabar rasanya nak mengali ilmu di dalamnya. Mutiara hadis yang yang diadun dengan ayat -ayat tazkirah kontemporari diharap dapat menyinarkan cahaya baru di hati ana. Insya Allah....
Walaupun semalam besday ana, tapi hari ni still dapat wish lagi. Dari anak-anak murid kesayanganku di SMK Seri Kenangan. Thank you so much my dear......
Semoga lebih tabah menghadapi hidup ini.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaanMu.......
Pernah atau tidak anda semua mendengar kisah ini????
Dua orang sahabat baik sedang mengembara di sebuah padang pasir yang sangat luas saujana mata memandang. Di tengah-tengah perjalanan, berlaku sedikit salah faham antara mereka yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan amarah, seorang itu telah memukul sahabatnya.
Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul tadi mengambil ranting kayu dan menulis di pasir:
"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."
Kemudian, mereka meneruskan perjalanan bersama-sama sehingga sampai ke sebuah lembah subur. di lembah tersebut, ada sebuah tasik yang mempunyai air yang sangat dingin dan menyegarkan. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul tadi terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badan. Tiba-tiba dia gagal mengawal diri dan mula lemas di dalam tasik itu.
Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu yang tertulis.
"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."
Sahabat itu bertanya, "Tadi, sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahatnya di atas batu?''
Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin sebaliknya aku memahat pada batu supaya aku dapat mengingatinya sehingga bila-bila...."
BEGITULAH SEPATUTNYA DALAM KEHIDUPAN INI....... DALAM HIDUP PASTI KITA AKAN BERTEMU DENGAN KEPAHITAN, KESAKITAN DAN KEGAGALAN......... NAMUN, SINGGAHKANLAH IA SEMENTARA DALAM INGATAN AGAR KITA SEGERA MELUPAKANNYA.... TETAPI, APABILA KITA MENGECAP NIKMAT DARIPADA ALLAH DAN KEBAIKAN DARI ORANG LAIN, MAKA PAHATLAH IA DI HATI KITA AGAR KEKAL DIINGATI SAMPAI BILA-BILA.......
Pesta buku melabuhkan tirainya semalam. Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi ana menjejakkan kaki ke pesta buku ini. Walaupun banyak mehnah yang ana hadapi untuk sampai ke sini, tapi ana sampai jua akhirnya. Ini merupakan pengalaman yang paling bermakna untuk ana sepanjang bergelar guru sejak tahun lepas. kenapa ana berkata begitu ye? Sebab pengalaman menaiki pelbagai kemudahan awam di Malaysia ini dengan melihat pelbagai senario ragam manusia membuka mata ana betapa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Nanti ana ceritakan.....
PENGALAMAN PERTAMA..... Walaupun pernah menaiki komuter sebelum ini, tapi ana akui masih lagi kekok manghadapi situasi sebegitu. Kali terakhir ana menaiki komuter ini dari Seremban ke KL Sentral ialah pada bulan 10 2007. Semasa ayah ana dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana sakit buah pinggang. Ana berulang alik dari Seremban ke KL untuk 'shift' dengan mak ana menjaga abah di hospital. Berbalik pada cerita ana di dalam komuter. Destinasi di Nilai, sepasang suami isteri keturunan india memasuki komuter lalu duduk di sebelah ana. Maka bermulalah sesi perbualan ana dengan aunty Selvi ni. Ana cakap la ana nak pergi ke pesta buku bila dia tanya ana nak ke mana. Kebetulan, dia bersama suami juga hendak ke destinasi yang sama dengan ana. Katanya, ini kali ke-4 dia dan suami ke pesta buku. Dan pada setiap kali itu juga dia membelanjakan hampir RM500 untuk membeli buku sahaja.Wah, kagum ana mendengarnya. Cerita punya cerita, akhirnya barulah terbongkar persoalan yang bermain di fikiran ana. Rupa-rupanya pasangan ini ialah guru di salah sebuah sekolah di Nilai. Ana tanya kenapa tak naik kereta je kan lebih mudah. Jawapannya sangat menarik. "Aunty nak cuci mata tengok gelagat orang ramai. Asyik duduk kat sekolah je, sekali-sekala kena keluar juga". Akhirnya kami berpisah di KL Sentral kerana pasangan tersebut ingin cuci mata di sana. tapi sebelum berpisah, Aunty Selvi nasihatkan ana supaya menjadi guru yang disenangi pelajar dan banyakkan membaca untuk lebih dihormati......
PENGALAMAN KEDUA Tepat jam 9.20 pagi, ana sampai di stesen putra LRT PWTC. Ana amik laluan yang biasa ana lalu untuk terus ke PWTC. Sewaktu dalam perjalanan itu, ana perasan akan seseorang yang macam ana kenal. Dia lalu sebelah ana dengan gerak kaki yang amat laju sekali. tak sempat ana nak menegur. Entahlah, mungkin pelanduk dua serupa. Tiba di dalam Dewan Tun Razak, ana pun mulakan sesi mencari buku. MasyaAllah, ramainya orang pada hari ini. Memang agak sukar untuk mereka yang baru pertama kali sampai ke sini untuk membiasakan diri dengan keadaan yang sesak. Mujur ana sudah beberapa kali datang ke pesta buku ini dan mendapatkan peta dari sahabat ana yang turut membuka booth di sini. Alhamdulillah ana dapat menghadapinya dengan lancar. Sedang asyik ana di dewan paling atas yang menempatkan buku-buku rujukan pelajaran dari syarikat-syarikat antarabangsa, tiba-tiba ana dengar nama ana dipanggil. Ana mencari siapa yang memanggil, manalah tau kenal pulak. Tak jauh dari kedai Eddieplex Publishing tempat ana mencari buku fizik, nampak insan yang ana cakap ana kenal tadi. Kak Husna rupanya. Kakak dorm ana masa sekolah di Sains Tuanku Ja'afar dulu. kami bersalaman dan bertanya khabar. Dia sekarang menjadi tutor di UPM di fakulti perubatan dan sedang menunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di UK.Alhamdulillah, tercapai juga misinya untuk ke luar negara. Masa di sekolah dulu, kak Husna ni la banyak bimbing ana dari segi pelajaran terutamanya Add Math. kami tak dapat nak sembang lama kerana masing-masing ada perjuangan yang perlu diteruskan. Jadi kami berpisah di sini....
Afwan, ana ucapkan pada semua sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mengunjungi laman web ana. Walaupun telah terlalu lama ana tidak memerah otak untuk menulis di laman sesawang ini, tapi blog ini tetap di hati ana. Buat kali ini, ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai surah-surah yang sangat baik dibaca. Namun, apa yang ingin 'HIGHLIGHT' disini, bukan surah-surah yang lain itu tidak memberi kebaikan kepada kita semua, pastinya Kalam Allah itu adalah ciptaan Allah yang paling sempurna. Semuanya pasti ada kebaikannya.
Cuma sekadar berkongsi ilmu dan buat anak-anak didikku semua, amalkan surah-surah ini sebagai bekalan anda untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Jadikan Al-quran sebagai pendamping yang setia denganmu selain buku-buku pelajaran. Insya Allah, cikgu sentiasa mendoakan anda semua agar berjaya.......
Surah-Surah Yg Sangat Baik Dibaca
Di antara surah-surah yang sangat baik untuk dibaca ialah:
1. Surah Yasin, Ia merupakan surah jantung al-Quran (Hadith Riwayat Ahmad)
2. Surah ar-Rahman, ia diibaratkan gadis pengantin (Hadith Riwayat al-Hakim)
3. Surah al-A’la, ia adalah surah yang sangat digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w. (Hadith Riwayat Ahmad)
4. Surah al-Fatihah, ia merupakan pokok al-Quran (Hadith Riwayat al-Bukhari).
5. Surah al-Kahfi, ia adalah tempat naungan pada hari akhirat (Hadith Riwayat al-Bukhari)
6. Surah al-Kahfi, ia merupakan tempat naungan para malaikat (Hadith Riwayat Muslim).
7. Surah as-Sajadah, ia sangat digemari oleh baginda Rasululla s.a.w. (Hadith Riwayat at-Tarmizi).
8. Surah al-Mulk, ia adalah surah yang memberi syafaat pada hari akhirat nanti (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
9. Surah an-Nas dan al-Falaq, ia adalah surah yang memberi perlindungan pada hari akhirat nanti (Hadith Abu Daud).
Sejambangan kesyukuran ke hadrat Allah, dalam kepayahan dan titisan tekanan mula menjarah, kecintaan-Nya hadir dalam tiap sujud. kecintaan-Nya datang dari setiap wahyu kalam, kecintaan-Nya wujud dalam ilham sahabat-sahabat sefiqrah..
Jutaan kemaafan buat sahabat yang menatap laman blog ini, dalam kepayahan ku mengatur langkah..masih tidak mampu lagi keluar dari kancah masalah. Justeru, tiada sebarang posting mahupun wacana iman mampu dikongsi bersama, sementelahan pula berlaku gangguan dalam blog ku ini..
Pelbagai peristiwa tidak mampu dterjemahkan dalam penulisan ini, Sekadar berlegar-legar di kepala dan kemudian hilang ditiup semilir petang. Keazaman masih belum bersinar cahayanya. Seakan tercari-cari lagi arahnya kerana tenggelam dalam lautan kesibukan yang sebenarnya adalah satu ciptaan dan alasan.
Lantaran itu, salam kemaafan sekali lagi buat semua pengunjung blog ini. Mungkin anda dihambat kebosanan melihat hamba Allah bernama halim ini masih di takuk lama.
MOhon doa dari kalian, agar secangkir kata ini bukan sekadar untuk dirasa...tapi diberi pewarna keimanan..